Ummu Aiman - ZULKIFLI AL-BAKRI (2024)

Namanya ialah Barakah binti Tha‘labah bin ‘Amr bin Hisn bin Malik bin Salmah bin ‘Amr bin Nu‘man al-Habasyiyyah. Beliau berkahwin dengan Zaid bin Harithah selepas perkahwinannya yang pertama iaitu dengan ‘Ubaid al-Habasyi. Beliau lebih dikenali dengan Ummu Aiman kerana anak pertamanya bernama Aiman bin ‘Ubaid. Namun anak lelakinya yang paling masyhur dan merupakan seorang sahabat yang utama ialah Usamah bin Zaid. Beliau dikenali sebagai maulah Rasulullah SAW dan juga pengasuh Baginda SAW. Beliau menjaga dan mengasihi Nabi Muhammad sejak kecil. Baginda menganggapnya seperti ibu sendiri. Selain itu, Ummu Aiman juga termasuk orang yang pertama memeluk Islam.

Beliau telah berhijrah sebanyak dua kali iaitu berhijrah ke bumi Habasyah dan berhijrah ke Madinah. Menurut al-Waqidi, nama sebenar Ummu Aiman ialah Barakah dan beliau adalah hamba milik Abdullah bin ‘Abd al-Muttalib, lalu menjadi hamba milik Nabi SAW melalui warisan pusaka. (Lihat al-Isti‘ab fi Ma‘rifah al-Ashab, 4/1793; Usd al-Ghabah, 7/35 dan 7/290).

Terdapat riwayat daripada Ibn Abi Khaithamah, katanya: Sulaiman bin Abu Syeikh menyampaikan kepadanya, katanya: Nama sebenar Ummu Aiman ialah Barakah. Beliau dahulunya merupakan hamba milik ibu Rasulullah SAW dan Baginda pernah bersabda:

أمّ أيمن أمّي بعد أمّي

Maksudnya:Ummu Aiman adalah ibuku selepas ibuku.”

Manakala menurut Abu Nu‘aim pula, Ummu Aiman dahulunya adalah hamba milik saudara perempuan Khadijah, lalu dia menghadiahkannya kepada Nabi SAW. Namun, Ibn Sa‘ad menyebutkan, para ulama berpendapat, Ummu Aiman adalah warisan harta pusaka daripada ibu Baginda SAW. Kemudian, Baginda memerdekakannya ketika mengahwini Khadijah R.Anha. Setelah itu, Ummu Aiman berkahwin dengan ‘Ubaid bin Zaid daripada Bani al-Harith bin al-Khazraj, lalu hasil perkahwinan itu, beliau melahirkan anak yang bernama Aiman. Beliau (Aiman) bersahabat dengan Nabi SAW dan gugur syahid dalam peperangan Khaibar. Manakala Zaid bin Harithah pula dahulunya adalah hamba milik Khadijah, lalu Khadijah menghadiahkannya kepada Rasulullah SAW. Kemudian Baginda memerdekakannya dan menikahkannya dengan Ummu Aiman selepas kenabian. Hasil perkahwinan tersebut, lahirlah Usamah. (Lihat al-Isabah fi Tamyiz al-Sahabah, 8/359).

Tambahan lagi, terdapat riwayat yang memberi isyarat bahawa beliau termasuk dalam kalangan ahli syurga. Hal ini adalah sebagaimana riwayat daripada Sufyan bin ‘Uqbah, katanya:

كَانَتْ أُمُّ أَيْمَنَ تُلَطِّفُ النَّبِيَّ صلّى الله عليه وسلم وَتَقُومُ عَلَيْهِ، فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلّى الله عليه وسلم: «مَنْ سَرَّهُ أَنْ يَتَزَوَّجَ امْرَأَةً مِنْ أَهْلِ الْجَنَّةِ فَلْيَتَزَوَّجْ أُمَّ أَيْمَنَ» فَتَزَوَّجَهَا زَيْدُ بْنُ حَارِثَةَ فَوَلَدَتْ لَهُ أُسَامَةَ بْنَ زَيْدٍ.

Maksudnya:Ummu Aiman selalu bersikap baik dan lemah lembut kepada Nabi SAW serta berkhidmat untuknya. Rasulullah SAW bersabda: ‘Sesiapa yang ingin menikah dengan wanita ahli syurga maka hendaklah dia menikahi Ummu Aiman.’ Lalu Zaid bin Harithah menikahinya dan (hasil perkahwinan itu) Ummu Aiman telah melahirkan Usamah bin Zaid.” (Lihat al-Tabaqat al-Kubra, 8/224; al-Isabah fi Tamyiz al-Sahabah, 8/359; Syeikh Syu‘aib al-Arna’ut dalam Takhrij Siyar A‘lam al-Nubala’, 2/225, menyebutkan bahawa perawi-perawinya adalah thiqah tetapi ia munqati‘).

Selain itu, Ibn al-Qayyim menyebutkan, Baginda SAW mempunyai seratus ekor kambing, dan baginda tidak menginginkannya bertambah banyak. Setiap kali seekor kambing melahirkannya, maka pengembalanya akan menyembelih seekor kambing di tempatnya. Baginda juga mempunyai tujuh ekor kambing yang dipelihara oleh Ummu Aiman. (Lihat Zad al-Ma’ad, 1/132)

Bukan itu sahaja, terdapat peristiwa di mana ketika Rasulullah SAW sudah wafat, Abu Bakar berkata kepada Umar: “Mari pergi bersama kami, kita akan menziarahi Ummu Aiman sebagaimana Rasulullah SAW selalu menziarahinya.” Tatkala mereka berdua sampai di rumah Ummu Aiman, lalu masuk menemuinya, ternyata beliau sedang menangis. Maka mereka berdua bertanya: “Apa yang membuatmu menangis? Bukankah apa yang di sisi Allah lebih baik bagi Rasul-Nya?” Ummu Aiman menjawab: “(Bukan itu yang menyebabkan aku menangis) tetapi aku menangis kerana wahyu dari langit sudah terputus.” Hal itu membuat Abu Bakar dan Umar R.Anhuma turut menangis, sehingga keduanya menangis bersama Ummu Aiman.

Selain itu, pada saat terbunuhnya Umar bin al-Khattab R.A, Ummu Aiman telah menangis. Lalu ditanyakan kepadanya, maka beliau menjawab: “Pada hari ini, Islam menjadi lemah.”

Selain daripada itu, terdapat juga riwayat daripada Anas bahawasanya Ummu Aiman telah menangis ketika Nabi SAW wafat. Lalu ditanyakan kepadanya, maka beliau menjawab: “Demi Allah, sesungguhnya aku mengetahui bahawa Rasulullah SAW telah benar-benar wafat, akan tetapi aku menangis kerana wahyu dari langit sudah terputus buat kita.”

Menurut al-Waqidi, Ummu Aiman telah meninggal dunia pada zaman pemerintahan Uthman. (Lihat al-Isabah fi Tamyiz al-Sahabah, 8/360-361; Siyar A‘lam al-Nubala’, 2/227).

Namun terdapat riwayat daripada Ibn al-Sakan dengan sanad yang sahih daripada al-Zuhri bahawasanya Ummu Aiman meninggal dunia selepas 5 bulan kewafatan Rasulullah SAW, dan riwayat ini adalah mursal. Ia bercanggah dengan hadith Tariq yang menceritakan berkenaan ucapan Ummu Aiman selepas terbunuhnya Umar dan riwayat itu adalah mausul serta lebih kuat. Bahkan pendapat ini juga dipegang oleh Ibn Mandah dan ulama selainnya. Tambahan lagi, Ibn Mandah ada menambah bahawa beliau meninggal dunia selepas 20 hari kewafatan Umar.

Kemudian Ibn al-Sakan telah menghimpunkan antara dua pendapat ini dan mengharmonikannya dengan menyatakan bahawa apa yang disebut oleh al-Zuhri adalah merujuk kepada maulah Nabi SAW, manakala apa yang disebut oleh Tariq bin Syihab pula adalah merujuk kepada maulah Ummu Habibah. Kedua-duanya bernama Barakah dan nama julukan (kunyah) mereka juga ialah Ummu Aiman. Akan tetapi ia adalah andaian yang jauh. (Lihat al-Isabah fi Tamyiz al-Sahabah, 8/361-362).

Ummu Aiman - ZULKIFLI AL-BAKRI (1)

DR. ZULKIFLI MOHAMAD AL-BAKRI

Berkelulusan PhD dengan pengkhususan dalam bidang fatwa di USM, beliau juga merupakan Ahli Dewan Negara, Anggota The Muslim Council of Elders (UAE), Anggota The Assembly of Muslim Jurists of America (USA), mantan Menteri di JPM (Hal Ehwal Agama) dan mantan Mufti Wilayah Persekutuan. Antara guru beliau sepanjang pengajian di peringkat BA (Madinah) dan MA (Syria) adalah Syeikh Dr. Muhammad Sa'id Ramadhan al-Buti, Syeikh Muhammad 'Ali Thani, Syeikh Rushdi Qalam, Syeikh Dr. Muhammad Abdullatif Soleh al-Farfour, Syeikh Dr. Muhammad bin Muhammad al-Mukhtar al-Syinqiti, Syeikh Dr. Muhsin al-'Abbad dan ramai lagi.

Ummu Aiman - ZULKIFLI AL-BAKRI (2024)
Top Articles
Latest Posts
Article information

Author: Tuan Roob DDS

Last Updated:

Views: 5953

Rating: 4.1 / 5 (42 voted)

Reviews: 89% of readers found this page helpful

Author information

Name: Tuan Roob DDS

Birthday: 1999-11-20

Address: Suite 592 642 Pfannerstill Island, South Keila, LA 74970-3076

Phone: +9617721773649

Job: Marketing Producer

Hobby: Skydiving, Flag Football, Knitting, Running, Lego building, Hunting, Juggling

Introduction: My name is Tuan Roob DDS, I am a friendly, good, energetic, faithful, fantastic, gentle, enchanting person who loves writing and wants to share my knowledge and understanding with you.